Wednesday, November 24, 2010

Mereng sebentar bersama shade
















Sewel.









Kenduri

November dan Disember? Perasan tak dalam kalendar setiap tahun mesti yang paling Famous dua beradik ni. Nama pun cuti sekolah kan, tak sah kalau tak ada kenduri kahwin. Kadang-kadang naik rimas juga terpaksa ikut mak pergi kenduri segala ni. haih

Boleh kata dalam bulan tu 5 jemputan dapat tu pun kalau kau Famous juga lah sampai orang invite kau bebanyak kali. Selalunya jemputan kenduri kahwin sedara mara, sepupu sepapat, kawan, jiran tangga eh salah, jiran tetangga.

Kucing-kucing pun join sekaki, nasib baik kucing aku tak ada makwe, naya je nanti kena buat Pet's wedding pula? haha




Jom pergi kahwin

eh bukan


jom pergi kenduri kahwin



Benda merepek di kenduri kahwin

Aku berpengalaman pergi macam-macam jenis kenduri kendara, tapi paling anti benda-benda macam ni :


Oh Fatimah gadis ayu
Indah sungguh parasmu Mas Ayu
Kasih mesramu menawanku
Membelai harapanku

Oh Fatimah gadis manja
Membawa hatiku yang mesra
Bilakah masa kan bersua
Rasa cinta hidup ria

Karaoke free
Aku sangat terganggu bila terpaksa dengar sambil makan pak cik atau orang tua-tua pencen sedunia menyanyi karaoke. Lagi-lagi kalau gelombang bunyi tu boleh pecahkan gegendang telinga aku. Mendayu-dayu pula tu. haih

Air
Bila kenduri je mesti ada sirap tawar. Common sangat tahu la nak jimat budget kan? Sedap juga. Tapi kadang-kadang tak ada rasa sirap pun. Ini semua kerja caterer yang kedekut gila nak mampus. Dia pergi letak water colour je dalam tu, ingat aku tak tahu.

Emcee merepek bagai
" Ya puan-puan tuan-tuan cik adik manis, mari jemput makan jemput makan jemput makan semua dijemput menjamu selera jangan segan silu. Haa, kambing lembu semua ada, mari semua dijemput makan" cakap pun tunggang-langgang buang masa je kau membebel. Kacau aje

Pencuci mulut
Trend kenduri kahwin sekarang macam-macam yang diaorang sibuk dok add up. Sesetengah kenduri tu sampai ada taufu faa dan puding. Emcee sibuk promote cakap semua makanan yang dilabel "special" walaupun makanan tu biasa-biasa je tak de la special mana. Standard apa taufu faa ada taufu dan air gula? Mana special, tawar je rasa "-.-

Kendi air
Selalu bila nak basuh tangan kat kendi air tu mesti ada sisa-sisa nasi, cili ayam segala. Tempat pemegang memang berminyak habis, nama pun "nasi minyak"

Mak cik menyibuk
Aku faham mak cik tu nak cari makan juga kerja tolong letakkan nasi kat pinggan semua orang, tapi bila sampai turn aku nasi ciput je dia bagi tahu la badan aku agak keding. Takut tetamu bantai habis lauk, mungkin juga dia orang terpaksa control segala. Tapi kalau mintak banyak nanti mak cik tu ingatkan aku kebulur hi hi

Kabut
Aku belum habis makan lagi pinggan crew caterer dah kabut nak angkat, ala-ala tak bagi aku tambah aje. Heh. Bukan diaorang nak tanya aku dah kenyang ke belum.

Saguhati
"Kalau tak dapat lagi maknanya belum salam tuan rumah"
Kadang-kadang tengok ada yang dapat extra gula-gula, mungkin aku yang tinggi macam tiang lampu ni dia ingat dah kahwin jadi layak dapat telur sebiji aje :(

Kenduri
Buat kenduri gah bagai nak rak, dua bulan je dah masuk mahkamah lepas talak. Membazir je buat kenduri besar besaran last last bercerai juga kau. Sebenarnya kahwin ni kalau ikut Islam senang je, ADAT yang menyusahkan.


Sunday, November 21, 2010

always



Allayarhamah Nur Hidayah Bt Nor Aziz


20.3.1992 - 26.1.2010
AL FATIHAH

Saturday, November 20, 2010

Home-made Cissecake

Cheesecake atau bila ditranslate menjadi Kek keju. Percaya atau tak boleh dikatakan 99.9% manusia seluruh dunia sukakan cheese? ceh suka buat statement sendiri.

Kalau pergi Klcc lalu depan secret recipe mesti penuh je orang makan kek itu sebab penduduk malaysia banyak dapat diabetis atau lebih dispesifikasikan sebagai kencing manis haha. .

Dan aku salah satu daripada customer yang akan singgah semata-mata nak makan even sepotong cake yang berharga rm5.5? tak masuk text dan service charge. Huh. Kuat gila aura tak aci ! Terggoda I


Berita baik! Tak perlu lagi susahkan diri pergi ke Secret recipe untuk cake segala sebab aku dah reti buat cheesecake sendiri! announcement macam la orang tahu awak tu siapa dan sekelip mata boleh buat secret recipe bankrupt ke cuma disebabkan orang tahu awak pandai buat cheesecake juga? mustahil. Ya.
















Tadaaa


Untuk tempahan sila hubungi saya ditalian 017-3x** haha bunyi macam nak kalahkan Secret recipe aje.

Teringat zaman dulu-dulu masa kecik masa tu kami cute mute lagi ada jiran sebelah rumah *aunty Nora's family masa kecik selalu main masak-masak, bola sepak, roller-blade and bla bla bla. . belakang rumah dia tehee. Cakap je semua jenis mainan aku main, tak kira lelaki perempuan main bedal aje asal gumbira :)

bila ingat-ingat balik macam lasak juga,
*err memang lasak. Kalau belum maghrib memang takkan jejak rumah selagi siren mak bapak tak dengar, kena ada warning daripada polis kepada penjahat, begitu la lagaknya kot? Layan aje laa

Memandangkan aku dah addicted dengan kek keju yang juga kebiasaannya kegemaran cik tikus heh semangat je pergi rumah aunty Nora untuk belajar buat cheesecake. Sebenarnya aku ada agenda yang lebih utama! misi berjumpa Nazrin lepas 5 tahun berpisah
* eceh sad story ala-ala sinetron TV pula haih benci ending dia yang tahpape '-,-

Mula-mula sampai tu agak nervous lah juga fikirkan macam mana la rupa lelaki tu sekarang, pendek ke rambut no.3 lagi ke gemuk ke kurus ke. Curious gila aku jadinya macam nak jumpa bakal laki aje.

Ya. Agak kaget juga bila lihat rupa Nazrin lepas 5 tahun, mak ai tinggi gila kau weh?! dulu masa main kejar-kejar tinggi kau paras aku aje tak aci betul (!) aku boleh dikategorikan antara yang tinggi macam tiang lampu juga, tapi dia macam tiang elektrik kot? ha ha ha

Happy juga dapat jumpa nazrin lepas 5 tahun, semuanya da berubah dan tak serupa langsung macam dulu. Rindunya. Good luck dengan hidup baru kau. Apa yang pasti kenangan masa kecil kita dulu takkan pernah aku lupa sampai mati, sebab sepanjang aku hidup masa dengan kau orang dulu yang paling bahagia, yang paling gembira, yang paling indah, yang paling manis memang paling-paling la semuanya.

You guys are the best in my life.

* Cheesecake. kegemaran yaya juga. Ya aku takkan pernah lupa


Love, atiqah aziz xx

Friday, November 19, 2010

Sepi

I miss you, Hidayah aziz! AL-FATIHAH
May your soul be placed in His Jannah :)
I will never stop praying for your happiness there sister
I swear I would not forget you, I swear !

Thursday, November 18, 2010

-

My heart aches so much, I thought I could take this, but I seriously, can't!
Dear god, please help me to cure this pain!

Monday, November 15, 2010

ehem.

Okay teruslah meng-error-kan diri akan untuk butang PUBLISH POST anda En.blogger. Ada saya kesah? Fine. You win. please please jangan lah error aje, penat saya click pada mouse untuk bagi awak makan ayat saya tahu? Jahat! Hari ni punya la banyak saya nak mengaruts boleh pula awak buat perangai error tu. Tak aci betul.

Sunday, November 14, 2010

Mind your words

I just realized that my life has been totally full of liars and backstabbers. But I don’t think I should stop moving on just because of those shits. I’m still holding with my words, I’m not going to give up even for a second of my whole entire life. You should keep my words. And I’ve been surrounded by too many problem these days. But I’ll not forget to thank my baby and mummy for supporting me no matter what.

Liar

I need some time to calm down and think positively, cause I am not so okay right now
repeat again N-O-T S-O okay. I really hate when people lied ! 2 years, such an awful experience that I would never ever ever forget I swear !

Friday, November 12, 2010

Suka suka

Waktu itu umur baru sahaja menjangkau tiga belas tahun. Terlalu muda bukan? Kata orang tua-tua yang dah banyak makan garam, masa zaman tok kaduk mereka, tiga belas tahun dah kahwin? Ya. Memang tak dinafikan masa tu umur tiga belas pun ada yang dah tahu jaga anak suami *tabik spring*


Bukan sebab desperate gila nak kahwin muda, tapi desakan hidup mungkin? Serious aku jealous! Heh. Jealous tengok diaorang boleh mengurus kehidupan dalam usia yang tersangat-lah muda. Kalau budak sekarang jangan kata nak masak, angkat pinggan sendiri pun tak reti
"harap orang gaji lah lagaknya persis puteri yang diurus oleh dayang-dayang istana? err okay fine." Tapi nama pun orang gaji kan, takkan tuan yang menggaji dia nak yang buat kerja? Logik sikit ye cik tiqa. he he he


Patut ke? Tak dinafikan memang tak salah kalau nak manjakan anak, tapi kalau dah besar jangankan nak pegang pisau, garam dan gula pun tak tahu bezakan, haaa tak ke naya? *aii bunyi macam memerli aje haha. Tapi betul lah kan? Jangan kata tiga belas tahun, tiga puluh tahun pun masih ada yang tak tahu mana gula mana garam. Unbelievable? Believe it!


Hujung minggu memang hari yang paling membahagiakan bagi sesetangah kaum hawa yang terlebih excited dapat guling-guling atas katil peluk bantal dan melakar peta semenanjung sampai ke perlis diikuti mimpi berjumpa jejaka kacak.


Ya. Semua angan-angan indah tersebut telah dimusnahkan dengan hadirnya gelombang mikro berfrekuansi tinggi yang boleh memecahkan gegendang telinga sesiapa sahaja yang mendengar pada setiap pagi diikuti dengan laugan "anak dara bangun pagi turun dapur buat kerja!"
haih hancus harapan. Bila mak dah mengeluarkan kuasa mikro dia, mula la hati bersumpah seranah "weekends pun tak senang! huh" *dalam hati aje la. sabar cik tiqa, she's your mum remember? Yes! so get up -,-


"Title anak bongsu dalam mana-mana keluarga selalu dapat special treat tahap melampau" Ye ke? *ehem tengok orang lah babe. Ya. Tak dinafikan indah sungguh hidup kalau semua benda orang buatkan. Title anak manja tu sekejap je aku dapat, dan lepas dapat tahu penyakit yaya, takkan ada siapa sangka aku akan berubah sedrastik ni


Kehidupan aku mula berubah tiga ratus enam puluh darjah *angkat kening*. Wow? Tidak. Bukan nak berbangga tapi kenyataan. Since aku terpaksa mengabdikan diri dalam gua yang tak berpenghuni selama beberapa tahun(duduk rumah sorang-sorang), dari situ aku sedar aku kena berubah. Yes! You have to change cik tiqa. Bila duduk sorang-sorang, baru tahu okay memang aku sorang dah sekarang. Fine.

Baru nak berkenalan "oh ini cik bawang oh ini cik halia oh ini cik ketumbar oh ini oh ini oh ini dan bla bla bla..." Pandai-pandai lah kau nak survive ye cik tiqa. . serve you right! dulu mak bising-bising tak tahu nak pasang telinga kan dah padan dengan muka *gelak setan*


Benda yang kita tak tahu kadang-kadang bila terpaksa buat sesuatu benda tu semua akan jadi tahu. Aku yang buta ilmu memasak ni pun boleh jadi tahu lah juga memasak bukan tak tahu langsung ye.
Dah tahu memasak mula la nak berlagak guna resepi sendiri lah konon kan, tak mau dah guna resepi orang ha ha ha nasib sedap bravo cik tiqa, balas dendam dalam diam juga ke? aisehh!
*Geram lah juga dulu, orang lain sibuk Facebook-ing, Myspace-ing, outing! semua ting ting la kiranya, aku ting ting juga, tapi dentam dentum dalam dapur aje. Heh!


Nama pun kaum hawa, tempatnya mesti lah kat dapur. Walaupun kebiasaanya gelombang mikro pada setiap pagi hujung minggu tu boleh buat sesiapa sahaja bertindak diluar jangkaan kerana frekuansinya yang teramat lah tinggi ha ha sampai dentam dentum kuat semacam
*melepas geram lagaknya.
Tapi kalau tak adanya bebelan mak tu, mungkin sampai sekarang masih suka mengguling atas katil melakar peta. Zaman menjadi raja (baby) dah lama berakhir, dan mungkin tak lama lagi (babysitter) pula? Gelombang mikro pun mikro lah, asal tak buta sudah naya aje!


Thank you Mummy, I love you xx





Thursday, November 11, 2010

Day

Good night, sleep tight

atiqah aziz xx
There's certain things that can break me down,
BUT that is NOTHING ACTUALLY.
Terutama pada kau yang tak semenggah tu

Girl, If You're too desperate
at least please don't be that pathetic okay.

Jaga hati orang boleh ?
Grow up, please

Girl, be strong! (old post)

I don’t like when people run from their true feelings because it doesn’t do anyone any good. I wear my heart on my sleeve, but I am not naive. I know what it feels like to be completely broken and I am all too familiar with what it means to be hurt. I know what it’s like to see something funny and not laugh. I’ve been taken advantage of, used, and abused. My feelings have been blatantly disregarded. But I still believe that all people are good at heart. And my trust in people has not diminished. To be completely honest, I hope it never does. Ever!

I don't know why I feel so weak these days. I've tried my best to be strong. But I just don't know why, lately every time I listen to his favorite songs, every time I take a look at our pictures, my tears will automatically fall down. I don't know how to express this feeling I'm having deep inside my heart. I really really miss him too much. I hope I can take this. But I seriously, can't!


Ya Allah! Please forgive me. Please, give me strength to go through my long journey in life perfectly. Ya Allah, my one and only God, please bless him

The flow

Hidup tidak pernah sempurna seakan syurga,
tetapi hari esok masih ada untuk membuat hidup manusia seakan sempurna.
Be strong!

Love,
atiqah aziz xx

Erti hari ini

Bukan semua manusia didunia ini dilahirkan cukup sifatnya, kesempurnaannya. Kadang-kadang, yang cacat itu dipandang hina, yang sempurna terus membangga diri. Mungkin kerana lalai, mungkin kerana terlupa bahawa mereka juga adalah manusia sama seperti kita. Layakkah mereka dihina, dicaci kerana kekurangan sifat yang sudah menjadi suratan takdir Ilahi ? shame on you.


Bukan bererti hidup tidak ada makna, dan bukan juga bererti kita harus berputus asa kan? Hidup mula berubah sejak adanya penyakit dia. Hidayah Aziz, insan yang dipilih allah untuk menghadapi cubaan yang berat, menghidapi penyakit Kanser. Aku ingat lagi perkara pertama yang keluar daripada mulut dia

" dalam banyak-banyak orang, kenapa penyakit tu pilih aku ?"

doktor bagitahu dia terpaksa kehilangan kaki dia kalau nak terus hidup lama. Satu benda je dalam fikiran dia


" aku tak nak jadi cacat" "aku redha dengan semuanya tapi apa pun yang terjadi aku tak nak hilang kaki aku"


Semua orang berusaha untuk cari jalan lain, pilihan terakhir yang kami ada adalah chemotheraphy. Aku ingat lagi masa pertama kali jalani rawatan tu, aku jaga kau sebab cuma aku je yang ada masa tu. Ubat, buang air, pergi beli makanan ( aku yang agak cuak sebab baru 1st time beli makanan sendiri, hi hi), aku jaga kau sebaik yang mungkin. Tapi yang paling sedih sekali bila kau cakap

" Tiqa, kau tak geli basuh tempat kencing, buat ni semua ?"

" ya allah takde lah, kau kakak aku kan buat ape nak geli, da jangan risau duduk situ diam2"



Terlalu banyak pengalaman yang bermakna sangat dalam hidup aku sejak aku jaga dia dekat hospital almost everyday, sambil tunggu result. Hari-hari bersama dia, teman dia, borak, gelak-gelak bila cerita zaman masa kecik-kecik dulu, bahagianya ya allah!


Pertama kali kat situ rasa janggal sangat dengan semua orang, tapi lama-lama aku belajar fahami kehidupan mereka. Yang hari-hari cuma berhadapan dengan jarum, gugurnya rambut, muntah, tak bermaya and so on. Itu la benda sama yang dia lalui. Dari mulanya rambut dia gugur sampai lah habis gugur semuanya. Aku tahu perasaan dia masa tu, and dia selalu cakap


" Rambut aku da gugur semuanya" "gunting rambut kau bagi aku boleh?"

" Boleh! nanti aku gunting kasi tampal rambut aku kat kau okay ( all laughing)" " sabar la byk2 weh, rambut boleh tumbuh balik kan?" " rambut palsu kan ada nanti beli yang lurus punya untuk kau" (she smile)



Setiap kali dia masuk operation theatre mesti dia akan suruh tunggu dia. Setiap kali ada masa je hujung minggu or cuti sekolah, mesti aku datang tengok dia. Bila aku da sampai alamatnya bergegar la bilik tu dengan gelak kitaorang ni ha yang tak pandai nak cover line. aku mesti cerita semua benda yang aku nak, tkde brek2nya, and dia pulak akan setia dengar cerita aku sampai habis. dan setiap kali dia balik rumah, aku la orang paling gembira sekali sebab geng paling kamceng sedunia aku dah balik! Dari kecik sampai besar pun otak kitaorang masih gila-gila lagi. he he

Berlanjutan sampai la saat2 akhir dia didunia, aku juga orang terakhir mengucap kalimah Lailahaillallah disisi dia. Berat untuk melepaskan dia pergi, tapi sudah tiba masanya menunaikan janji pada Yang Maha Pencipta.

Itulah dunia, itulah kehidupan..
Tidak akan pernah kekal.
"Semua orang akan kesana, cuma masa yang menentukan."


Ayat tu yang menjadi kekuatan untuk aku teruskan hidup sampai hari ni.



Semua kanak-kanak, orang-orang dekat situ terlalu istimewa bagi aku. Suatu pengalaman yang sangat indah, pengalaman hidup yang memberi banyak makna pada aku sampai ke hari ini, yang mungkin sekarang ada diantara mereka tengah bermati-matian bertarung nyawa, dan ada juga yang sudah menghadap Ilahi.















bilateral lung collapse, secondary to multiple metastases
to lungs and bone, due to osteosarcoma stage 4.
May your soul rest in peace!
I LOVE YOU Hidayah!


"Hargailah hidup anda sekarang kerana tidak semestinya hari-hari esok akan sebahagia hari ini. Tidak semua manusia didunia ini adalah sempurna. Bersyukur lah dengan kehidupan anda yang sempurna, tubuh badan yang sihat, cukup sifat, dan kasih sayang yang melimpah ruah, kerana masih ada diluar sana yang sedikit pun tidak berkesempatan merasainya."

Semoga pengorbanan mereka dimuliakan oleh Allah. Dan semoga
roh mereka yang telah pergi dicucuri rahmat oleh-Nya dan
ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Amin!

"Aku sayang kau. Aku terlalu rindukan kau! Jangan pernah lupakan aku okay? Suatu hari nanti, dengan izin Allah kita mesti akan dipertemukan semula. Wait for me.."

AL-FATIHAH

Ambitions

Okay, here we go. I really hate it when ppl keep questioning what I wanna be when I grow up. Since everyone really want to know, so I'll find out now.

WELL, yes--but what are your LONG-TERM-GOALS
?

Firstly,


Kenapa zaman tadika ni mesti mention pasal cita-cita? hmph, bila cikgu tanya "okay murid-murid, bila da besar nanti kamu nak jadi apa?" nanti ramai la yang menjawab doktor la, peguam la, cikgu la, polis? aiceh ceh, mentang-mentang hang pa dok sibuk blajaq pasai tu ja, amboi trus pilih tu na, tkda kona-kona daahh!

hi hi amacam, terror tak aku cakap utara?


Hang pa ni semua dok pilih hat yang femez ja na, apo aihh.

Dulu cakap je pasal cita-cita, aku la orang yang paling bersemangat bercerita. fuhh, punya tinggi angan-angan mat jenin aku ni, he he. Bila sebut je, first choice mesti doktor, kenapa eh?


kata orang boleh membantu orang sakit, buat kerja amal tolong orang susah la, pirahhhhhhhh. Tolong orang konon, kalau tolong tapi tak ikhlas lagi tambah dosa kau. Sekarang banyak je doktor macam tu, bila tension patient yang jadi mangsa, ADA KE PATUT TU? Doktor apa macam tu, jadi doktor lembu lagi bagus! susah sebenarnya jadi doktor ni, lagi-lagi tension beb! bukan apa, bila tengok orang sakit teringatkan arwah, bila teringatkan arwah hati jadi pilu, bila hati jadi pilu tak tahanlah disitu! No No No.. hati ni tak sekuat tu lagi nak jejak kaki kat hospital tu hari-hari, touching jadinya -,- Blacklist


Bila da besaq sikit, cek mula la pasang angan-angan tu biaq tinggi lagi skit. Kononnya nak jadi ahli forensik. fuh, dahsyat!


Tapi still dalam konteks "angan-angan mat jenin" aku, hoho. Berdiri depan bilik mayat pun badan hang tergetaq-getaq, ada hati nak jadi forensik! Disebabkan statement berani mati tu, ahli forensik BLACKLIST!


Otak dulu kan jenis gila-gila (terlebih dos) sebab tu la lambat sangat nak pick-up! budak lagi masa tu, menipu la kalau cakap budak darjah 5 dah pandai buat addmath, apa punya statement la tu, main bedal aje. Bila da masuk secondary school, lain pulak angan-angan mat jenin aku ni

Since kat sekolah menengah baru aku perasan yang aku ada bakat dalam art stuff ni, ramai la yang serbu meja aku everytime art lesson, kalau exam lagi lah, sampai tak cukup oksigen dibuatnya, huh! Lepas tu mesti la dok cakap "ni da besar mesti nak jadi pelukis ni?" " eh tkde la siapa cakap? tak tahu lagi" beratus kali dorang tanya benda yang sama, beratus kali jugak la aku terpaksa jawab -,-"

Salah salah salah semua orang salah! ape la you all ni, melukis ke art stuff ke semua tu just bole jadikan as a hobby je.
kalau angan-angan mat jenin aku tahap melampau sampai nak bukak gallery seni lain cerita la kan? N O T I N T E R E S T E D ! F U L L Y S E T O P :P


Architect and interior designer, thats my first and second choice now, and rasanya nak proceed yang tu je kalau mampu bawak course tu nanti. depends on spm result lah ye.

Kalau nak gila-gila sikit jadi superwoman bawak airbus, terbang aje kejenya sana sini! best tu dapat larikan diri dari hidup aku yang memang selalu kusut ni, sesuai sangat lah tu, aman hidup. KONFOM! mana-mana aku boleh lari, tak gitu? erkk, okay yang ni sumpah macam merepek gila aje?

merepek bagai.

I talked craps! ha ha ha

* Tapi message sebenar yang nak disampaikan disini, sebenarnya melalui angan-angan la bermulanya langkah seseorang dalam mengecapi kejayaan. Di situ la sebenarnya permulaan kita, daripada angan-angan jadi harapan, harapan jadi tekad, dan tekad yang akan menentukan bahawa setiap yang diangan-angankan tu menjadi kenyataan atau terus menjadi "angan-angan mat jenin tiqa yang comel"

Get up



I’ve learned this past month. I’ve changed, I’ve grown. Maybe things do happen for a reason, maybe they don’t. But no matter what, they still happen. That’s what we need to remember. I learned to stop analyzing things, to just let them happen. And if I get hurt, or if something bad happens, then it happens. There’s nothing I can do to change that.

I’ve learned to go with my gut, and that it’s okay to make mistakes because the ones that matter, won’t care. I’ve learned that love really is as great as they say it is. I’ve learned that my friends can't save me from my worst thing. And most importantly, I’ve learned that today is all we have.

It's all about art


Faith

I love him the way he is, I fell in love with the qualities within, not just the physical person outside

seasons

G o o d b y e w i n t e r ,
H e l l o s p r i n g !


Wednesday, November 10, 2010

cerita dongeng

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya.
Ketika itu gurunya sedang mengajar mengenai kasih sayang


Pelajar : "Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang

yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak

berkekalan?"

Cikgu : "Okay kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan

di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu. Pilih yang paling

cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang

cantik bawa ke kelas"

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya

Cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih?


Pelajar : "Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang

ada yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun

terus berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai

dipenghujung padang saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada

diantara yang belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi cikgu cakap

tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh

petik"

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan

seseorang yang kita sayang janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.

Kita patut menghargai orang yang berada didepan kita sebaik-baiknya. Jangan

kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga

yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah

yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang

cantik dan baik macam rumput tadi..

Again



Are you single?
err yes 

If not, who is your bf/gf?
My future husband

How long have you been together?
IDK.

If you're single, do you like it?
Surely nooooooo

Do you have a crush on anyone right now?
Dear heart, answer this.

Who was your first kiss
None

Ever kiss in the rain?
Gila weh

In a movie theater?
tak jugak haha

Underwater?
Havent, haha

Who was your first love?
Syahir

Have you ever cheated on anyone?
I'd rather kill myself than cheat.

Been cheated on?
Yes, A LOT 

Used someone?
Yes. ops my bad hihi

Been used?
Yes mhm

Lied to your bf/gf?
Haha tipu sunat jehh

Ever made out with just a friend?
Lol. haha

Ever had Sex with just a friend?
HELL Nooooooooooo!

Are you a tease?
Haha I dont know

Do you flirt a lot?
tolong la ingat aku apa 

Longest relationship
4years

Shortest
he's the first one. so no one before him.

Have you ever gotten a love poem?
Aaaa, nope.

Ever get flowers?
Haha, nope too. I want lily. someone please ? :P

Sweetest thing you've ever gotten?
MY MASCOT, BOBBY.

Do you like Valentine's Day or Sweetest Day?
Sweetest Day, I think

Do you believe in love at first sight?
err maybe? 

Do you believe in
Believe in what?

Do you fall in love fast?
No. 

Are you a player?
You think?

Have You ever Kissed 2 People in One Day?
Nope, its insane

Kissed 2 People At One Time?
belum pernah hahah

Had Sex with 2 People in One day?
are you insane? ...

Had sex with 2+ People at One Time?
What the fish

Ever cried over someone of the opposite sex?
Yes

Ever Been Dumped?don't ask me, please

Ever dumped someone?
Yes

Ever been rejected?
So far so good

Do you have a lot of ex's?
Haha funny, just once in my life..

Are you a slut?
Heh? Haram weh

Ever been called one?
Yes

Ever dated someone more than once?
Nope

Do you ever make the first move?
Lol no I guess haha

Double dates or single?
Depends la.

Do you want to get married?
well of course yes.